Akaun Instagram 'Baby Girl' Jep & Sari Yanti Raih 80,000 Pengikut.


TIDAK sampai 48 jam akaun tersebut dibuka, jumlah pengikut akaun Instagram tersebut bertambah setiap saat.

Pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti, mengumumkan nama anak sulung mereka iaitu Dariya Inara. 

Selain itu, Sari dan Jep juga mengumumkan mengenai akaun Instagram rasmi milik anak mereka, @dariyainaraofficial. 




Akaun Instagram milik anak pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti, Dariya Inara yang baru 
sahaja dibuka meraih hampir 80,000 pengikut.

Setakat ini, Jep dan Sari turut berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Dariya dan mendoakan agar permata hati Jep dan Sari ini dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah satu hari nanti.

Menerusi entri di Instagram (IG), Jep telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia tujuh hari.









Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak Jep dan Sari Yanti serta mereka berharap agar anak mereka dapat membesar dengan sihat. 

Pengumuman nama anak Jep itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya menyifatkan nama Dariya Inara itu unik.

"Subanallah, Dariya Inara @sariyanti #AnakAbah," tulisnya ringkas.

"@afiq_0001: Ada iras muka ibu dia,comel sangat baby."

"mamatAku: Alhamdulillah, masya ALLAH, comel sangat macam ibunya @sariyanti. Semoga membesar dengan sihat..Sedap nama anak."

"@sakurakiroro: Tahniah @jepsepahtu dan @sariyanti. Dariya Inara copy muka abah. Comel sangat. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah pada keluarga.. Aminnn."


Pelakon Sari Yanti bercerita mengenai pengalaman melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan pelawak Jep Sepahtu, Dariya Inara. Pengalaman manis itu menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @sariyanti.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya. Sumber: Astro Awani - Editor: Najiha