8 Gambar: Nenek Ini Kongsi Rahsia Bagaimana Dia Kelihatan Cantik Walaupun Dah Berusia.


Pasti kita semua mahu sentiasa kekal muda,cantik dan bertenaga sepajang hari bukan?Lebih-lebih lagi dalam usia mencecah 40-an ramai orang akan mengeluh cepat letih dan hilang stamina dalam melakukan kerja-kerja seharian.

Seorang wanita yang sudah bergelar nenek ini dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan Miss Maxim Australia telah mendedahkan rahsianya kecergasannya untuk kekal muda dan bertenaga sepajang masa tanpa bahan kimia.

Nenek cantik ini dikenali sebagai Gina Stewart berambut perang,berkata dia tidak pernah minum air dari botol air yang sudah di bungkus dan sebaliknya memilih untuk minum di dalam botol bebas BPA sahaja.

'Saya juga minum air alkali sahaja, ia mempunyai banyak mineral di dalamnya juga,'.

Gina juga berkata bahawa dia hanya mengunakan dua produk sahaja untuk menjaga kulit mukanya dan yang pasti ianya bebeas daripada bahan kimia.

'Minyak kelapa Organik adalah produk rambut saya, produk  yang saya masak dan pelembap saya hanya berharga $ 5, dan semuanya organik, tiada bahan kimia,' katanya.

'Minyak Rosehip juga merupakan senjata rahsia saya, ianya adalah anti-penuaan. Jadi apa yang saya lakukan ialah saya membersihkan dan saya meletakkannya pada muka saya selepas itu - itulah rutin harian saya. '

Dia juga akan memakai deodoran yang semulaja sepanjang hari.

Gina masih menunggu keputusan sama ada dia akan dinobatkan sebagai Miss Maxim Australia pada hari Jumaat, setelah berjaya menyingkirkan gadis-gadis separuh umurnya dari pertandingan itu.

Jadi cuba anda teka umur Gina?

Ibu  yang mempunyai lebih daripada 66,000 pengikut di Instagram ini berusia 47 tahun.

Bercakap kepada Daily Mail Australia, wanita muda itu mendedahkan dia menjadi nenek pada usia 46 tahun. Mempunyai cucu berusia 10 bulan.

Gina mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan, berusia 27, 25, 23 dan empat.

Di sini, dia membuka satu-satunya prosedur yang dia lakukan.

'Satu-satunya prosedur kosmetik yang saya lalukan adalah pada payudara saya 10 tahun lalu. Saya tidak menggunakan Botox atau "fillers' kerana saya percaya dengan kecantikan semula jadi, 'katanya kepada Daily Mail Australia.

'Tetapi serius, tidak ada rahsia. Saya rasa semua orang cantik. Saya tidak melakukan ini untuk perhatian kerana saya benci perhatian. Saya hanya cuba untuk membuat perubahan untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk tidak bergaduh satu sama lain.

Nenek cantik ini berharap agar dapat memenangi pertandingan itu supaya dapat menyumbangkan wang hadiah $ 10,000 kepada rakannya yang baru-baru ini mengalami stroke.Editor-Sofia