7 Gambar -Pemuda Ini Nekad Ubah Suai Tubuh Badan Untuk Lebih Yakin


AUSTRALIA- Seorang remaja lelaki dikenali sebagai Ethan Bramble,21, pemuda paling ekstrem pernah mengubahsuai di Australia.

Ini kerana badannya sudah diubahsuai mengikut cita rasanya.Tubuh badan,muka pemuda ini juga dipenuhi dengan pelbagai corak tatu dan aksesori.

Menurut Ethan, dia mula mengubah tubuhnya sejak berusia 11 tahun.

Selain mempunyai 150 tatu, Ethan telah mempunyai lebih dari 40 pengubahsuaian tubuh yang berbeza.

Contohnya membuang pusatnya, membelah lidahnya, dan menutup mata putih dengan dakwat hitam.

Ramai orang bertanya kepadanya tentang mengapa dia mengubah tubuhnya badan.

Dia menjawab, apa yang di lakukannya sama seperti ketika seseorang mewarnai rambutnya, merias wajah di pagi hari, atau mengecat kuku jari.

Ianya bertujuan untuk lebih ada keyakinan didalam dirinya.

Manusia tidak boleh menghakimi orang lain dengan penampilan mereka.

Apa pun hasilnya, penampilan itu akan 100 peratus sangat berharga jika seseorang komited.

Persepsi orang mengenai Ethan banyak berubah setelah dia mengubah tubuhnya.

Orang-orang berjalan disekelilinya akan menyeberang untuk menjauh dari Ethan kerana berfikir dia sangat menakutkan dengan penampilannya tersebut.

Sememangnya Ethan seorang pemuda lelaki yang pelik.




Pembedahan yang dilalui Ethan,misalnya menghilang kan pusatnya dan membelah lidah supaya bercabang dua.

Pembedahan  yang paling menyakitkan baginya adalah pembahagian lidah yang membuatnya 'hampir mati.'

Ianya kerana dia tidak dapat makan atau minum selama tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor.

Ethan ada muat naik gambar dalam akaun Instagramnya dan membuat pelbagai komen dari netizen seperti mengatakan dia adalah orang yang merosakkan dirinya sendiri.

Namun,ada juga segelitir netizen yang menulis dia sedih melihat apa yang telah dilakukan oleh Ethan kerana tiada manfaat buat diri sendiri.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyokong apa yang dilakukan Ethan ini,"Selagi kau bahagia,tiada masalah".Editor-Sofia