Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 8 Mei 2018

4 Gambar Lelaki Bakar Kekasih Hidup-Hidup.


Medan - Seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak membakar kekasihnya sendiri hidup-hidup hingga hampir mati hanya kerana cemburu buta.

Mangsa yang dikenali sebagai Delissa Ayu Latiffa, 16 dipercayai tubuhnya melecur teruk hampir 70 peratus termasuk dibahagian wajah, dagu serta dada akibat daripada kejadian itu.

Difahamkan, pasangan itu mula bergaduh kerana mangsa dikatakan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Kemudian suspek dikatakan dikatakan tidak dapat menerima kenyataan lalu cuba untuk mengajak mangsa untuk berbincang namun ditolak mangsa.

Akibat berang dengan perilaku mangsa, suspek kemudiaannya telah datang kepada mangsa yang
ketika itu berada di rumah rakan sekolahnya.

Pada mulanya, pasangan itu hanya bergaduh sebelum suspek bertindak menyiram mangsa dengan minyak dan membakarnya didalam rumah berkenaan, menurut saksi kedua yang berada di tempat kejadian.

Walau bagaimanapun saksi dikatakan meminta tolong kepada jirannya lalu berjaya memadamkan api namun mangsa dipercayai sudah tidak sedarkan diri.

Ekoran dari kejadian itu, beberapa barang perabot dirumah saksi turut terbakar manakala, mangsa dikejarkan ke hospital Mitra Medika Medan untuk mendapat rawatan lanjut. Sumber: EBerita. Editor: AA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan