4 Gambar: Hafizh Syahrin Kemalangan Di Sepanyol.


PELUMBA MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah terlibat dalam satu kemalangan ketika berbasikal dalam sesi latihan di Cataluna, Sepanyol.

Hafizh yang turut digelar El Pescao telah memuat naik gambar yang menunjukkan kesan luka di peha dan lengan akibat kemalangan itu.

Menerusi satu entri di laman Instagramnya malam tadi, Hafizh yang turut digelar El Pescao telah memuat naik gambar yang menunjukkan kesan luka di peha dan lengan akibat kemalangan itu."Crash on training today 60kmh the speed (Terbabas sewaktu sesi latihan hari ini dengan kelajuan 60 km/j)," tulisnya.

Bagaimanapun, difahamkan Hafizh tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan tersebut.Akibat posting tersebut, ruangan komen Hafizh telah dibanjiri peminat yang mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat beraksi di Jerez, 4 hingga 6 Mei ini.

Selain peminat, laman Instagram rasmi MotoGP turut meninggalkan komen di posting tersebut."Please be careful! Glad youre relatively OK though (Tolong berhati-hati. Mujurlah keadaan awak agak baik)," tulisnya.

Hafizh dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua yang telah mendoakan kesihatan beliau di ruangan komen tersebut. - Astro Awani