Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 9 Mei 2018

4 Gambar: Bapa Kejam.. Bunuh Anak Gara-Gara Terkena Kencing.


INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas bapanya bertindak menolak anaknya jatuh daripada motorsikal akibat berang air kencing anaknya terkena pada seluarnya.

Dalam kejadian yang berlaku di Makassar, Indonesia, bapa mangsa, Hasan Basri, 29 yang berasal dari Timbuseng, Pattalasang, Gowa dikatakan berang kerana anaknya, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya.

Ekoran dari itu, Hasan dalam keadaan marah lalu mencubit badan anaknya dan mengigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah.

Pada keesokannya, Hasan dikatakan membawa anaknya menaiki motosikal namun tidak lama selepas itu, Hasan pulang dengan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta lebam di bahagian muka.

Namun dia mendakwa bahawa anaknya cedera selepas terjatuh daripada motosikal apabila dia membrek secara tiba-tiba.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh ibunya tetapi telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala. Pihak hospital curiga dengan keadaan badan mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam lalu bertindak membuat laporan polis.

Hasan kemudiannya ditahan dan disoal siasat. Akhirnya dia mengaku sengaja menolak anaknya hingga jatuh daripada motosikal kerana berang dengan mangsa yang terkencing di seluarnya.

Lelaki berkenan bakal didakwa atas tuduhan membunuh, kata jurucakap polis. Sumber: Agensi. Editor: AA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan