19 Gambar -Ibu Selamatkan Kandungannya Dengan Minum 15 Liter Air Sehari


Anda percaya pada keajaiban? Seorang wanita hamil mengalami keajaiban yang tidak pernah terfikir dek akal sebelum ini.

Air ketuban wanita yang dikenali sebagai Cally Hibbert ternyata telah pecah di usia kandungannya memasuki 18 minggu. Lebih menyedihkan Cally diberitahu oleh doktor bahwa dia akan kehilangan nyawa bayi dalam kandungannya.

Wanita cekal berusia 27 tahun ini dinasihatkan agar menjalani proses keguguran demi keselamatannya.Dia disarankan agar melakukan proses itu secepat mungkin.

Hati ibu mana yang tidak sedih dengan berita sedemikian.Tentu sahaja jiwa keibuannya meronta-ronta supaya ada sesuatu keajaiban yang akan berlaku kepada kandungannya supaya dapat di selamatkan walau dengan apa cara sekali pun.


Doktor juga telah memberitahu keapda Cally bahawa bayi di dalam kandungannya tidak mampu bertahan kerana kehilagan air ketuban yang bergitu banyak.

Hanya 10 peratus bayi dalam kes yang sama seperti ini dapat bertahan untuk meneruskan hidup, menurut laporan Thesun

Walau bagaimanapun,Cally tidak putus asas dia berusaha untuk menyelamatakan bayi didalam kandungannya dengan meminum air putih sebanyak 7 liter setiap hari.Tujuannya adalah bagi mengisi semula air ketuban yang hilang.


Cally mendakwa cara yang dilakukannya berjaya utntuk menyelamatkan buah hati tercintanya. Sepuluh minggu kemudian, Cally selamat melahirkan bayi lelaki seberat 0,73kg yang dia beri nama Leo.

"Leo adalah bayi ajaib yang telah dikurniakan tuhan kepada kami, saya percaya air yang saya minum menyelamatkannya dengan membantu melindungi dia sehingga dia cukup kuat untuk dilahirkan. Saya tidak boleh berhenti menangis ketika jantungnya berdegup didaam rahim saya," katanya.Editor-Sofia