Ya Allah… Anak Aku...


Itu anak aku.... Itulah ungkapan yang keluar dari mulut bapa mangsa yang bernama Suhemi, 45,apabila anak kesayanganya Ananda Natasya 16 merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 23 April lalu.

Kejadian dikatakan berlaku pada 2.30 petang,semasa mangsa sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah bersama dua lagi rakannya dengan menaiki motosikal.

Kemalangan berlaku disebabkan motosikal yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke arah jalan raya yang bertentangan.Akibat daripada kejadian lori yang berada di arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa.

Menurut bapa mangsa,berita kemalangan tersebut dimaklumkan oleh rakannya selepas melihat gambar-gambar kemalangan itu di media sosial.

"Berat sungguh dugaan ini,arwah adalah satu-satunya anak saya,masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya suara arwah meminta izin untuk pergi ke sekolah pada setiap,perkara tersebut diberitahu oleh rakan sekerja saya,dan sebaik saja mendengar berita tersebut saya bergegas ke lokasi kejadian.

Suhemi akui beliau sudah ikhlas dengan pemergian anaknya meskipun ianya amat menyedihkan dan memilukan hati.Editor-Sofia