Wanita Mengandung 8 Bulan Ditemui Maut.



THAILAND- Mayat seorang wanita yang dipercayai sedang sarat mengandung 8 bulan telah ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai  Saudjai  Phansiri,35 tahun telah ditemui oleh orang awam.Kejadian dikatakan berlaku di Baan Kud Kaew ,Daerah Kecil Khueang Nai,Thailand.

Menurut sumber, sebaik sahaja orang awam melihat kejadian itu,mereka telah menghuubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Walau bagaimanapun,orang awam cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan awal kecemasan dengan mengepam dada mangsa dan memberikan oksigen kepada mangsa.Namun,tiada sebarang tindak balas dan tiada sebarang denyutan nadi dipergelangan tangan mangsa.

Jenazahnya kini dibawa ke Hospital Chao Nai bagi dibedah siasat.Punca sebenar kematian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Editor-Nora