Wanita Cantik Perdaya 200 Lelaki Dalam Tempoh 2 Tahun


Seorang wanita  berasal daripada Korea Selatan yang dikenali sebagai Han Mirim mempuanyai kisah menarik tentang kehidupannya kerana terlampau obses mengumpul barang pemberian kekasihnya meskipun mereka sudah tiada apa-apa ikatan.

Ditanya dalam rancangan People Xfile seperti yang dilaporkan oleh Koreaboo, Han Mirim berkata dia telah berkenalan dengan 200 orang dalam tempoh dua tahun. Han Mirim mendedahkan mereka kepada pelbagai alasan yang realistik dari tidak mempunyai kereta kerana tidak dapat membayar hutang bulanan..

Semasa berkenalan dengan lelaki-lelaki tersebut Mirim telah mendapatkan banyak hadiah seperti kamera, cincin, gelang, jam tangan, anting-anting, pakaian, Ipads, dan banyak lagi.

Di antara barang-barang itu, cincin adalah barang paling kurang dia miliki kerana dia tidak pernah bercinta dalam masa yang lama. Malah ada beberapa lelaki yang dia bercinta hanya sehari.

Jumlah hadiah yang diperolehnya daripada bekas kekasih-kekasihnya itu  mencapai 1 bilion won. Semasa,Han Mirin mahu teman lelakinya membayar bil telefon bimbitnya. Beliau berkata caj telefon bimbitnya telah mencapai 100,000 won.

Han Mirim sememangnya sentiasa menjaga penampilannya untuk memikat lelaki. Dia sering pergi ke pakar bedah plastik untuk melakukan pembedahan dan suntikan botox.

Selepas dia hadir di TV, Han Mirim telah membuat penjelasan di laman forum Korea Selatan.Dia mendakwa telah menerima banyak komen negatif selepas pertunjukan itu.

"Saya menyebutkan telah bercinta dengan 30 orang tetapi para produser mengatakan itu terlalu sedikit. Orang terdahulu yang muncul dalam acara tersebut mempunyai kekasih sehingga 117 hingga 111. Mereka bertanya sama ada mereka boleh menambah angka tersebut, dan saya bersetuju.Semuanya telah direka oleh kakitangan. Selain itu,di lama Facebook saya telah mendapat beribu-ribu komen kebencian, "tulisnya.

TVN menafikan telah menyusun cerita itu. TVN berkata, Han Mirim terpaksa menulis ulasan di laman web itu kerana dia tidak dapat menahan ucapan benci yang dia dapat. "Pengeluar pasti tidak mengarang atau membesar-besarkan apa-apa," kata TVN.Editor-Sofia