Video: Wajah Pencuri Tabung Masjid Berjaya Dirakam CCTV, Sebarkan Agar Tertangkap



KEDAH- Sebuah video yang berdurasi 33 minit ini memaparkan seorang remaja lelaki yang memakai tshirt berwarna biru serta bertopi sedang menarik keluar wang yang berada didalam tabung masjid berkenaan.

Kejadian berlaku di Masjid Ar-Rahman Langkawi,Kedah dalam lingkungan diantara 11.25 hingga 11.48 pagi.Ada kemungkinan pencuri ini tidak menyedari akan kamera litar tertutup yang berada didalam masjid berkenaan.

Sebaik sahaja pencuri ini berjaya mengeluarkan sejumlah daripada tabung berkenaan remaja ini terus memasukkan wang tersebut didalam pouch bag yang berada dipinggang nya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat pencuri  ini diminta memaklumkan kepada pihak polis.Editor: Nora