Video: Saya Mintak Maaf. “Lepas Ini Saya Akan Lebih Berhati-Hati”



Sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai seorang individu berpewatakkan seperti lelaki bergurau dengan seorang lagi individu yang merupakan seorang public figure ,iaitu Riz Ulala dengan sengaja menarik baju sahabatnya itu sehingga menampakkan bahagian payudaranya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku dia sebuah restoran mamak semasa mereka sedang menjamu selera.

Video berdurasi 10 saat itu telah menjadi semakin tular di media sosial dan telah mendapat kritikan panas.Kebanyakkan netizen berpendapat bahawa gurauannya itu agak keterlaluan meskipun Riz bukan seorang perempuan yang tulen.

Riz juga merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya dan kini masih belajar selok belok perniagaan.Jika diperhatikan semasa insiden memalukan itu berlaku Riz Ulala cuba menutup bahagian payudaranya menggunakan tangan lantas berkata video tersebut berisiko tinggi sekiaranya menjadi tular nanti.

Kini,Riz Ulala tampil dan memohon maaf secara terbuka atas kesalahannya.Ucapan terbuka itu telah di tulis menerusi akuan Instagram peribadi miliknya yang bertulis " Assalamualaikum kepada semua yang mengenali diri Lala ini.

Lala ingin memohon maaf atas video yang sedang menular di laman sosial sekarang ini berkenaan perihal diri Lala.Lala akui ianya berpunca daripada KECUAIAN KAWAN LALA SECARA SPONTAN DAN TIDAK DIRANCANG LANGSUNG, apatah lagi tindakan ini secara tidak langsung telah membuka aib diri Lala sendiri.


Lebih mengejutkan, Lala baru sedar dan dimaklumkan perihal video ini beberapa hari lepas selepas video ini tular di merata-rata tempat. Lala memohon kepada semua pihak agar berhenti menyebarkan video yang tidak dirancang dan memalukan Lala ini.

Lala merayu agar isu ini tidak diperbesarkan lagi. Lala juga ingin memohon maaf andai tindakan secara tidak sengaja dan sensitif ini telah menjatuhkan atau menyinggung mana-mana kaum atau pihak di luar sana.

Lala berjanji akan lebih berhati-hati dalam segala apa yang Lala atau kawan-kawan Lala kongsikan selepas ini berkenaan diri Lala. Lala harap perkara tidak dirancang ini tidak mengganggu periuk nasi Lala".

Meskipun, dia telah memohon maaf secara terbuka masih ada segelintir netizen yang berpendapat bahawa Riz Ulala hanya memalukan kaum wanita sahaja.Ada netizen yang menulis bahawa " jangan salahkan kecuaian kawan, salahkan diri sendiri dulu. Suka tayang kenapa? Kalau nak jadi wanita sangat respect dulu identiti "wanita" mcm mana. 

Bila dah menyerupai wanita hukumnya haram kalau lelaki bernafsu tengok t*tek awak walaupun awak asalnya lelaki. Yang saja2 tengok pun berdosa. Allah boleh tarik rezeki kita bila2 masa je. Dunia ni sementara. Ujian untuk awak sentiasa ada Riz/Lala. Renung2 kan lah.",tulis salah seorang netizen.Sumber- Riz Ulala .Editor- Nora