Video Remaja Perempuan Bergaduh Tular.



KELANTAN- Sebuah video berdurasi 1.22 minit ini dikatakan telah tular di dalam media sosial.Kelihatan didalam video beberapa orang remaja perempuan sedang bergaduh sesama sendiri sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.

Pada mulanya, mereka hanya bergaduh mulut sahaja namun beberapa minit kemudiannya remaja perempuan ini menukul-mukul sesama sendiri dan akhirnya mereka terjatuh disebuah kawasan sawah padi berhampiran dengan tempat mereka bertikam lidah tadi.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Batu Gajah,Tanah Merah Kelatan.Sesetengah netizen mendakwa bahawa remaja perempuan ini berebutkan lelaki.

Walau bagaimanapun,seorang remaja lelaki cuba menghentikan pergelutan yang berlaku dengan menarik salah seorang daripada remaja perempuan ini dengan dibantu beberapa orang remaja perempuan yang lain namun,mereka tetap meneruskan aksi menarik-narik sesama sendiri.

Diminta pihak berkuasa mengambil tindakkan kepada kedua-dua remaja ini supaya kejadian sebegini tidak berulang kembali.Editor: Nora