Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 24 April 2018

Video: Pesakit Bunuh Bomoh


PERU- Seorang lelaki warganegara Kanada telah dibunuh dengan kejam oleh penduduk kampung selepas lelaki malang ini dituduh menembak seorang bomoh wanita.

Lelaki terbabit telah dituduh menembak bomoh terkenal berusia 81 itu di Kampung Victoria Gracia di timur laut Peru.

Sebastian Woodroffe, 41, telah mengembara ke Peru bagi mendalami ilmu perubatan semula jadi,malangnya dia telah dituduh menebak bomoh wanita itu yang dikenali sebagai Olivia Arevalo Lomas, 81,selepas mayat wanita itu ditemui penduduk kampung dengan dua kesan tembakan.

Menurut penduduk kampung mangsa sememangnya amat terkenal dengan kepakarannya serta mangsa mempunyai pusat perubatan yang menawarkan perubatan 'ayahuasca' iaitu campuran halusinogenik tradisional.Woodroffe pula dikatakan sedang berubat dengan bomoh terkenal ini.

Juru cakap polis Peru berkata,Woodroffe telah diperlakukan dengan begitu kejam sekali oleh penduduk kampung,leher Woodroffe telah diikat dan kemudian dia diseret keliling kampung sehingga ke kawasan hutan.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 12 saat ini memaparkan seorang lelaki berlumuran darah,lelaki berkenaan dipercayai Woodroffe dan dia merayu untuk dilepaskan.

Selepas beberapa saat lelaki ini kelihata terbaring di atas tanah berlumpur dan tidak berdaya untuk bergerak lagi.

Selepas daripada kejadian ngeri itu,pihak berkuasa telah menemui kubur yang tida bertanda kira-kira 900 meter dari rumah bomoh itu.

Bagaimanapun,hasil daripada siasatan,pihak polis mengesahkan bahawa itu adalah mayat Woodroffe berdasarkan cap jarinya.
Pihaknya masih belum melakukan sebarang penahanan berhubung dengan kematian Woodroffe dan tidak akan berhenti melakukan siasatan sehingga kedua-dua kes pembunuhan ini dapat di selesaikan.Editor- Sofia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan