VIDEO : Penunggan Motor Ramas Payudara Pelajar Sekolah Tular.


MEDAN- Gangguan seksual kini boleh berlaku di mana-mana sekalipun, tak kira di tempat sunyi atau pun tidak.

Mujur, dalam era moden ini, kewujudan kamera pengawasan atau CCTV,sudah dipasarkan secara meluas,lebih mudah lagi ianya disokong oleh telefon pintar yang dimiliki oleh kebanyakan masyarakat pada zaman ini.Sememangnya memudahkan pemantauan jenayah seksual yang mungkin akan berlaku di lokasi-lokasi yang tidak dijangka.

Baru-baru ini, gangguan seksual telah berlaku di Medan dan jenayah itu berjaya di rakam oleh 'dash cam' milik seorang pengguna kereta yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan.

Video viral yang berdurasi 22 saat ini telah memaparkan dua orang pelajar baru sahaja keluar dari perkarangan sekolah dan secara tiba-tiba mereka dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali menaiki sebuah motosikal lalu meraba payudara salah seorang pelajar berkenaan.

Jenayah seksual ini dilakukan oleh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal, seperti sudah bersedia menunggu mangsanya yang sedang berjalan di tepi jalan tersebut.

Pada mulanya, penunggang motor ini kelihatan sedang memastikan sama ada di sekitar kawasan itu 'selamat' atau tidak untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Setelah memastikan keadaan selamat, secara kebetulan dua orang pelajar sekolah menengah sedang berjalan berhampiran dengannya,lalu suspek 'meramas' payudara salah seorang daripadanya dan suspek berlalu pergi.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada pukul 5.16 petang pada hari Khamis lepas di Jalan Talaud,Medan,Indonesia.

Walau bagaimanapun,suspek masih lagi diburu oleh pihak polis.Dinasihatkan agar orang ramai sentiasa peka dengan keadaan sekeliling supaya kejadian sebegini tidak berlaku kepada anda.Editor-Sofia.