Video-Pemandu Kereta Nyaris Dirempuh Dua Buah Lori,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Pemandu Ini......


CHINA- Satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang pemandu kereta memandu secara melulu menyebabkan dua buah lori terbabas manakala sebuah lori lagi dipercayai telah terbalik ditepi bahu jalan akibat cuba mengelak daripada merempuh kereta berkenaan.

Kejadan tersebut dikatakan berlaku di sebuah lebuhraya  yang sibuk di Timur China.Rakaman kamera litar tertutup CCTV di lebuhraya berkenaan telah berjaya merakam insident terbabit. Pemandu kereta berkenaan dikatakan telah membuat 'emergency break' ditengah-tengah jalan raya dan kemudian sebuah lori berwarna merah hampir melanggar kereta tersebut.

Akibat daripada cuba mengelak kereta itu, lori berwarna merah ini telah terbabas dan terbalik.Manakala, sebuah trak berwarna biru yang nyaris terlanggar kereta putih ini berjaya mengalihkan jackknifing.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan keluar dari lebuh raya itu tanpa sebarang kerosakan.

Insiden itu dipercayai telah berlaku di G25 Changchun-Shenzhen Expressway berhampiran Huzhou dari Zhejiang Province.

Inspektor Zheng dari polis trafik Huzhou dihantar ke lebuh raya setelah menerima laporan oleh pemandu yang melalui jalan terbabit.

Terdapat kotak buah-buahan terjatuh dari lori merah yang hilang kawalan di lorong kecemasan selepas pemandu lori berkenaan cuba mengelak daripada terlanggar kereta putih itu.

Pemandu kereta putih yang tidak dikenali terus memandu ke arah jalan keluar jalan raya tanpa memperdulikan dua buah lori yang nyaris melanggarnya.Editor: Ila Hakimi