Video Parlimen Bubar Esok, Najib Mohon Rakyat Beri Mandat Pada BN Lagi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari ini selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Hadir sama pada sidang akhbar melalui televisyen dan Facebook rasmi Najib dari Pejabat Perdana Menteri itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.

Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar, kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum negeri dapat diadakan secara serentak.



Najib mohon rakyat beri mandat pada BN lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon rakyat agar memberi mandat kepada Barisan Nasional sekali lagi untuk mentadbir negara. 



Sumber: Malaysiakini