Video- Lelaki Ini Nekad Turun Ke Bawah Jambatan,Untuk Selamatkan Dua Orang Kanak-kanak


Sebuah video berdurasi 2.30 minit ini memparkan seorang lelaki berbaju merah nekad turun ke bawah jambatan yang dilimpahi arus air yang deras bagi menyelamatkan dua orang kanak-kanak yang berada dibawah jambatan tersebut.

Lelaki tersebut menuruni jambatan dengan menggunakan tali dan telah dibantu oleh orang awam yang berada dilokasi kejadian.

Pada mulanya,lelaki ini turun kebawah jambatan dan mendapati seorang bayi lelaki bersama kakanya berada dibawah jambatan itu.Dengan tidak melengahkan masa lelaki ini mendukung bayi lelaki itu untuk naik ke atas dengan bantuan orang ramai.

Arus air yang deras itu mungkin akan menghanyutkan kedua beradik yang berada dibawah jambatan itu sekiranya tidak diselamatkan.

Sebaik sahaja lelaki ini berjaya membawa naik bayi lelaki itu,dia turun semula ke bawah jambatan bagi menggambil kanak-kanak perempuan yang masih berada dibawah jambatan itu.Arus air semakin deras semasa lelaki ini menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu.

Kelihatan didalam video kanak-kanak perempuan ini menagis ketakutan sebaik sahaja dia diselamatkan oleh pemuda ini.Walau bagaimanapun,kedua-dua kanak-kanak ini telah pun berjaya diselamatkan dengan bantuan daripada pemuda lelaki dan orang awam

Sifat berani yang ada pada pemuda ini seharusnya dipuji.Editor: Rizal Hakimi