Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 23 April 2018

Video Lelaki Buat Facebook Live Pukul Kekasih Dengan Penyapu


BANGKOK- Akibat daripada membuat siaran langsung di Facebook dengan melakukan kekerasan terhadap teman wanitanya,seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan sengaja mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

Menurut sumber The Nation,siaran lansung berdurasi 11 minit itu memaparkan seorang lelaki bertindak memukul teman wanitanya menggunakan penyapu lalu memukul mangsa beberapa kali di bahagian muka serta kepala.

Timbalan Ketua Polis Bung Kum, Wirachai Songmetta berkata,susulan daripada kejadian itu,suspek berjaya di tahan oleh pihak polis.Suspek dikenali sebagai Chaichana Sirichart, 26,disahakn positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek ditahan atas kesalah sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,mengurung mangsa,serta telah bertindak memuat naik gambar mangsa dengan niat untuk memalukan mangsa dan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, mangsa Kuldara Yeesaman, 21,dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala,muka serta tangan.Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah apartmen dan telah disiarkan secara langsung melalui Facebook live.

Aduan telah dilakukan oleh orang awam yang menyaksikan video tersebut.Ketika siaran langsung bermula suspek berulang kali mengatakan teman wanitanya itu tidak jujur di sebabkan itu suspek bertindak memukul mangsa sehingga mangsa mengalami kecederaan yang teruk.

Jurucakap polis Krissana Pattanacharoen berkata, suspek telah menggunakan pengurut wajah dan sebatang penyabu untuk memukul mangsa.Editor-Sofia

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan