Video- Kejam!!!!!! Seorang Nenek Tua Nyanyuk Dirantai Kakinya Dengan Besi Oleh Adik Tiri


THAILAND - Sanggup melakukan hal demikian pada seorang nenek berusia 83 tahun yang telah nyanyuk dan di rantai di depan pintu oleh adik tirinya bagi mengelakkan dia merayau-rayau dan sesat di Chachoengsao.

Nenek Chuam itu ditemui oleh jirannya, Chang Neung, selepas adik tirinya, Wimol, 65, meminta dia memerhatikan Chuam ketika wanita itu keluar.

Chang kemudiannya mendapati nenek Chuam diikat dengan rantai besi yang telah karat dan besi itu telah menusuk ke kaki warga emas tersebut hingga luka dan berdarah.

Terkejut dengan penderaan itu, Chang menggunakan gergaji untuk memotong rantai besi tersebut. Dan jiran itu terus membuat laporan pada pihak polis dan pihak berkuasa kemudiannya menyoal siasat Wimol. 

Pihak berkuasa telah merawat nenek Chaum dan memberinya bekalan makanan dan ubat. Mereka juga berjanji untuk memantau keadaannya

Chuam tidak mempunyai anak dan tinggal bersendirian menyebabkan Wimol terpaksa menjaganya. Wimol juga memberitahu bahawa kakak tirinya itu mengalami nyanyuk dan sering merayau. Malah baru-baru ini keluarganya menemui nenek Chuam bersendirian di sawah. 

Walaupun ia nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun Wimol memberitahu dia terpaksa berbuat demikian demi keselamatan kakaknya.- Editor: Adi