Video Kanak-Kanak Jatuh Dalam Kolam Renang


BRAZIL- Detik-detik yang mencemaskan apabila seorang kanak-kanak dipercayai telah lemas didalam kolam renang telah berjaya diselamatkan oleh abang saudaranya.Kanak-kanak ini terjatuh dalam keadaan kepala tersebam ke kolam renang tanpa pengawasan daripada orang dewasa disekitarnya.

Kelihatan  didalam video tersebut abang saudara  kanak-kanak ini hanya memakai sepasang seluar pendek berwarna merah, telah bertindak terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan adiknya itu selepas mendengar percikan seperti seseorang sedang terjun di dalam kolam renang.

Seorang kanak-kanak hanya memakai pampers dapat dilihat menerusi rakaman CCTV ketika itu kanak-kanak tersebut sedang berjalan melalui rumah, sebelum berjalan keluar ke arah kolam renang.

Sebaik sahaja sampai dihadapan kolam renang kanak-kanak tersebut membongkokkan badannya untuk mengambil sesuatu yang berada di dalam air.

Namun kanak-kanak lelaki itu hilang kesimbangan badannya lalu terjatuh ke dalam air dalam keadaan kepalanya dahulu terjatuh.

Disebakan terdengar percikkan air,abang saudara kepada kanak-kanak lelaki ini telah bertindak terjun ke dalam kolam bagi menyelamtkan adiknya.

Kemudian abang saudaranya  menjerit bagi meminta bantuan daripada mak saudaranya yang berada didalam rumah.Kejadian dikatakan berlaku di Sao Luis di Brazil.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku pada bulan Januari, namun ibu saudaranya  memutuskan untuk berkongsi rakaman itu sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain supaya sentiasa mengawasi anak-anak anda.

Wanita yang tidak dinamakan itu berkata: "anak saudara saya berusia 7 tahun mendakwa bahawa di mendengar bunyi bising di kolam renang."

'Seperti yang anda akan lihat di dalam video itu, dia bertindak terjuan ke dalam kolam renang'.

'Meskipun baru berusia 7 tahun dia mempunyai pemikiran yang matang'.

"Saya dan kakak saya tidak mendengar bunyi bising, hanya terdengar jerita daripada anak saudara saya sahaja pada ketika itu"jelasnya. Editor- Nora