Video Guru Mohon Maaf Tampar Murid Dalam Kelas.


JAWA TENGAH- Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang guru menampar sembilan orang anak muridnya gara-gara lewat mesuk ke dalam kelas.Kejadian dipercayai berlaku di Jawa Tengah,Indonesia.

Guru berkenaan dikenali sebagai Lukman Septiadi, 27 tahun,telah memuat naik sebuah video bagi menjelaskan mengenai tidakkan tersebut kepada anak-anak muridnya.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 4.30 saat itu memperlihatkan,Lukman telah mengaku bersalah kerana menampar 9 orang anak muridnya yang telah dikumpulkan di dalam satu bilik.

Menurut tenaga pengajar ini,dia tidak akan bertindak sedemikian tanpa sebarang sebab yang munasabah,malah Lukman juga merasakan bahawa anak-anak muridnya telah menyimpan rasa dendam atas tindakannya.

Tambahnya lagi,semasa ditanya kepada anak muridnya samada mereka rasa seperti dibuli atau dianiaya,lalu mereka menjawab,tidak.

Lukaman adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Teknik Rangkaian Komputer disekolah berkenaan turut memohon maaf kepada anak muridnya.Selain itu,kesemua pelajarnya juga turut memaafkan guru terbabit dengan hati yang terbuka.

Didalam video terbabit menyatakan "dengan hati yang terbuka ,saya memohon maaf kerana telah menyakiti kamu semua".