Video Gadis Dicabuh 8 Lelaki Tular.


INDIA- Enam lelaki muda telah ditahan pihak berkuasa berkaitan dengan serangan seksual seorang remaja perempuan di timur laut India.

Kejadian itu telah dirakam salah seorang daripada mereka, dan rakaman itu menunjukkan lapan remaja dan kanak-kanak dibawah umur bertindak  menyerang seorang gadis di Jehanabad di negeri Bihar.

Di dalam video berdurasi 1.37 saat ini memaparkan seorang gadis telah di kepung oleh beberapa orang remaja lelaki.Kelihatan didalam video penyerang boleh dilihat ketawa dan mengejek mangsa.Tidak cukup dengan itu salah seorang daripadanya bertindak mengoyak pakaian gadis remaja malang ini.

Gadis malang ini dicabul seorang demi seorang,namun mangsa tetap melawan dengan menendang dan menjerit untuk melepaskan diri.

Tiada saksi yang mahu menampilkan diri, termasuk orang yang merakam video ini turut mencabul mangsa.

Rakaman video yang mengejutkan orang ramai ini telah dikongsi secara meluas di media sosial, menyebabkan polis melakukan siasatan terhadap kes ini.

Menurut laporan NDTV,berkata, sebuah motosikal milik salah seorang suspek dapat dilihat dalam video itu yang berjaya menemukan polis kepada enam orang suspek daripada lapan orang dalam klip itu.

Tiga daripada yang ditangkap itu berumur 18 tahun, satu adalah 16, dan satu adalah 14, laporan berita tempatan.

'Tidak lama selepas video tersebar secara meluas di media sosial polis bertindak menahan empat daripada mereka,' Ketua Polis Negara Nayear Husnain Khan memberitahu The Hindu. Dua lagi tangkapan berjaya dibuat pada keesokkan pagi nya.

'Kami akan menangkap mereka yang melarikan diri yang terbabit dalam kejadian itu dan memastikan kes dibicarakan secepat mungkin supaya tindakkan selanjutnya boleh di ambil".

Polis berkata, mereka terus mencari kedua-dua penyerang yang masih melarikan diri, dan pihak polis ada menyediakan kaunseling dan sokongan kepada mangsa dan keluarganya.Editor-Sofia