Video Dan Gambar: Majikan Yang Membunuh Perkerja Di Bukit Mertajam Berdepan Hukuman Mati.


Semakin hari semakin banyak kes mengenai majikan mendera pembantu rumah.Masih ingatkah anda kisah yang pernah mengemparkan kita satu ketika dahulu mengenai seorang majikan warga emas yang didakwa telah mendera pembantu rumahnya iaitu.Adelina Lisao,26 sehingga mangsa meninggal dunia pada bulan Februari yang lalu.

Kini pihak mahkamah Majistret Bukit Mertajam telah menetapkan kes perbicaraan pada 28 Mei ini sebagai sebutan semula kes tersebut.

Keputusan tersebut di buat oleh Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hamzah Azhan mendakwa bahawa laporan patologi mangsa masih dalam proses.

Turut hadir bersama adalah Konsul Jeneral Indonesia Pulau Pinang, Iwanshah Wibisono,untuk mendengar perbicaraan yang berlangsung hari ini.

Iwanshah berkata,pihaknya amat berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan segera untuk memberikan keadilan kepada mangsa.

Sebelum ini keluaraga Adelina telah menerima tunggakan gaji mangsa yang berjumlah RM69,300 yang diberikan oleh majikkannya.

Tertuduh yang dikenali sebagai M A Ambika, 60, telah bertindak mendera mangsa di 67, Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2 Bukit Mertajam,pada 10 Februari yang lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika didapati bersalah.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sebaik sahaja menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam pada pukul 4.45 petang,11 Februari lalu.

Terdapat kesan lebam dibahagian kepala,muka dan seluruh anggota badan mangsa.Selain itu,terdapat juga luka nanah dikedua-dua bahagian kakinya akibat daripada terkena air panas.Lebih kejam lagi,mangsa telah dipaksa tidur diluar rumah bersama anjing serta tidak diberi makanan dan minuman yang mencukupi.Editor-Sofia