Video Dan 7 Gambar: Suku Ini Masih Makan Daging Manusia Sebagai Mengikut Tradisi .


Indonesia - Indonesia merupakan salah satu negara yang mempunyai populasi penduduk yang ramai serta di Indonesia juga terdapat beratus suku yang tersebar secara meluas.

Namun begitu, sebahagian besar daripada suku yang terdapat di sana telah pun mula dapat menerima serta beralih kepada kehidupan yang serba moden.

Manakala sebahagian lagi pula masih lagi mempertahankan tradisi lama nenek moyang mereka serta memilih untuk menjauhkan diri daripada kehidupan dunia luar.

Antara salah satu suku yang cukup terkenal di Indonesia adalah suku Korowai yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 3,000 orang yang masih bertahan dengan kehidupan lama.

Suku Korowai ini merupakan suku yang menetap di Papua Barat, Indonesia yang berdekatan dengan perbatasan Papua Nugini.

Menurut laporan daripada TribunTravel.com, Korowai merupakan satu kelompok manusia yang paling terpencil di dunia.

Korowai hidup jauh terpencil dari luar tanpa menyedari akan kehadiran dunia luar serta manusia lain yang hidup jauh dari mereka sehinggalah terdapat beberapa orang luar yang berhubung dengan mereka pada tahun 1970an.

Mengikut apa yang diketahui, Suku Korowai telah dijumpai oleh sekumpulan peyelidik yang pada mulanya tersesat dan dengan tidak sengaja telah menjumpai wilayah suku Korowai tersebut pada tahun 1974.

Kumpulan peyelidik tersebut yang terdiri daripada tiga orang yang dipimpin oleh seorang ahli Antropologi Peter Van Arsdale, ahli geografi Robert Mitton serta pemaju komuniti Mark Grundhoefer yang kemudiannya memutuskan untuk menetap di situ sementara bagi mempelajari kehidupan penduduk Korowai.

Melalui hasil pemerhatian mereka, beberapa senarai perkataan asas telah dibuat serta mereka juga telah merekodkan aktiviti harian suku ini.

Pada Mei 2006, seorang pemandu pelancong dan wartawan Paul Raffaele telah memimpin beberapa kru dalam ekspedisi ke hutan Papua bagi tujuan untuk membuat sebuah filem dokumentari tentang suku Korowai.

Tujuan dokumentari tersebut dibuat adalah untuk memahami mereka serta sebab mengapa mereka tergamak melakukan beberapa ritual yang mengerikan.

Melalui sebuah artikel yang ditulis oleh Raffaele, "Kanibalisme telah dipraktiskan oleh mnausia zaman pra sejarah dan ianya masih bertahan sehingga abad ke-19 di beberapa budaya terpencil yang berada di Pasifik Selatan terutamanya di Fiji. Tetapi hari ini di Korowai merupakan salah satu daripada beberapa puak yang dipercayai masih memakan daging manusia."

Melalui penulisannya juga memberitahu, "Mereka tinggal sekitar 100 mil dari Laut Arafura, di mana Michael Rockefeller, anak gabenor New York, nelson Rockefeller menghilang pada 1961 ketika dia mengumpulkan artifak dari beberapa suku Papua yang lain dan sehingga kini tubuhnya tidak pernah ditemui."

Dia juga turut menegaskan bahawa sebahagian besar penduduk Korowai hidup tanpa mengetahui dunia luar daripada suku mereka.

Melalui penulisan Raffaele, "Seperti yang ditulis oleh Van Enk, Korowai juga sering terkena beberapa wabak penyakit termasuklah Malaria, Tuberkulosis, Elephantiasis dan Anemia iaitu apa yang mereka sebut sebagai kompleks khakhua atau penyihir yang berbentuk lelaki."

Menurut pemandu Raffaele, Kembaren "Terdapat banyak khakhua yang dibunuh dan dimakan setiap tahun."

Melalui satu temu bual yang dilakukan oleh Raffaele dengan pemimpin suku terbabit, dia telah menjelaskan alasan orang korowai mempraktikkan kanibalisme adalah kerana, "Bagi Korowai jika seseorang itu terjatuh dari rumah pokok atau terbunuh dalam peperangan maka penyebab kematian mereka adalah jelas. Tetapi mereka langsung tidak memahami akan bakteria dan kuman yang menyebabkan mereka mati secara misteri dan mereka percaya itu adalah kerana seorang khachua atau dalam maksud lain penyihir lelaki yang datang dari akhirat."

"Bagi mereka seorang khakhua harus dibunuh dengan cara dimakan kerana khakhua merupakan seorang yang telah mati. Memakan mereka dianggap sebagai sistem keadilan terbaik."

Di bawah ini merupakan gambaran bagaimana orang-orang Korowai yang tinggal di hutan Indonesia.-Sumber,Bangkapos.com