Video- Bapa Tendang Dan Baling Permainan Untuk Halau Anak Orang Lain Dari Bermain


SINGAPURA- Tindakan seorang lelaki membaling mainan serta menghalau kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun di sebuah taman permainan tertutup membuatkan ibu kepada kanak-kanak ini membuat laporan polis kerana anaknya telah dikasari.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memaparkan sebuah keluarga bersama dua orang anak kecil bermain didalam kawasan taman tersebut.Beberapa minit kemudian datang seorang kanak-kanak lelaki bertshirt putih dan berseluar panjang masuk ke dalam kawan permainan berkenaan untuk bermain.

Rakaman ini telah dibuat naik oleh ibu mangsa iaitu Ow May Chen ke dalam laman akaun Facebooknya,bago membuktikan bahawa anak nya telah dikasari oleh lelaki terbabit tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Video rakaman ini telah mendapat lebih dari 14k penonton dan beribu-ribu komen yang memaparkan bahawa kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun ini ingin bermain bersama-sama anak pasangan berkenaan.

Jika diperhatikan,kanak-kanak lelaki ini cuba untuk mengambil permainan daripada lelaki berkenaan,namun lelaki tersebut telah bertindak mencampak alat permainan itu dan turut menendang nya.

Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, Ow memasuki ruang taman permainan itu dan cuba menjauhkan anaknya daripada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun,lelaki ini tidak mengaku bersalah bahawa telah mengasari anaknya sehingga rakaman CCTV membuktikan bahawa dia bersalah. Sejurus daripada kejadian ini,Ow telah bertindak membuat satu laporan polis.

Namun, ada juga sesetengah netizen yang mengatakan bahawa ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ini bersalah kerana membiarkan anaknya tanpa pengawasan daripada orang dewasa.Editor:Wanda