Video: Anak Yatim Dipaksa Mandi Minyak Hitam.


JAWA- Gara-gara mencuri seorang kanak-kanak lelaki telah di paksa mandi minyak hitam sebagai satu pengajaran kepadanya agar tidak mengulangi perbuatannya itu.

Menerusi sebuah video yang berdurasi 1.02 saat memaparkan kanak-kanak malang itu di suruh untuk menyiram minyak hitam itu ke badannya ianya bertujuan sebagai satu pengajaran supaya kanak-kanak ini tidak melakukan kesalahannya lagi.

Video tersebut kemudiaannya telah di muat naik ke laman Facebook untuk di jadikan pengajaran kepada orang awam agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling.

Walau bagaimanapun, apa yang dirancang oleh Arif,35,telah mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas netizen mengetahui kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim piatu.

Arif mendakwa bahawa dia tidak mengetahui kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim piatu.

"Pada awalnya saya mahu melaporkan kepada orang tuanya namun,dia menolak.Ianya hanya sebagai satu pengajaran kepadanya agar tidak melakukan kesalahan yang sama kelak".

"Tidak lama kemudian kanak-kanak ini memberitahu bahawa dia akan melakukan apa sahaja supaya saya tidak memberitahu perkara ini kepada ibu bapanya".

Disebabkan itu Arif memintanya untuk mandi minyak hitam,tanpa membantah dia terus melaukannya.

Bagaimanapun,selepas memuat naik video tersebut untuk di jadikan pengajaran,ramai netizen yang memberikan komen negatif kepada dirinya kerana memperlakukan anak yatim piatu sebegitu rupa.

Sejurus kejadian itu,Arif meminta maaf kepada netizen dan mendakwa bahawa dirinya tidak mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim piatu.Editor- Sofia