Ular Sawa Punya Pasal ,Kecoh Satu Kampung


Memelihara haiwan kesayangan sememangnya akan menjadi satu hobi buat kita semua. Kebanyakkan haiwan yang akan diperlihara adalah seperti kucing,angjing,ikan dan lain-lain.Namun,ada juga diantara kita yang suka memilihara haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan sebagai contoh adalah ular,kalajengking,tarangtular dan banyak lagi.

Bagi mereka yang sememangnya pengemar haiwan eksotik ini mungkin satu perkara biasa,Ianya kadang kala merupakan satu kepuasan untuk diri sendiri.Namun,bagaimana dengan orang-orang disekeliling mereka yang mungkin tidak menyukai haiwan eksotik ini ?Sudah pasti mereka akan menjadi takut untuk mendekati pengemar haiwan eksotik bukan sahaja membuat mereka takut malah geli untuk menyentuhnya.

Seperti kejadian yang menimpa salah seorang penduduk di Jl. Cikampek 10, Antapani, Bandung.Disebabkan salah seorang jiran ada memilihara seekor ular sawa besar,jiran-jiran yang lain terpaksa menerima kesannya.Kejadian ini juga menjadikan seluruh penduduk kampung menjadi kecoh dengan berita tersebut.

Ular sawa itu dikatakan telah memasuki bahagian siling rumah salah seorang penduduk.Tentu sahaja kejadian ini akan membuatkan orang ramai menjadi panik.Salah seorang penduduk mendakwa bahawa dia terlihat seekor ular sawa besar dibahagian atas siling rumahnya,ular itu seperti sedang tidur katanya.

Sebaik sahaja kejadian berlaku,penduduk kampung cuba membawa ular sawa itu turun ke bawah.

Diingatkan kepada pencinta haiwan eksotik diminta supaya anda sentiasa menitik beratkan faktor keselamatan jangan disebabkan hobi anda orang lain menjadi mangsa.Editor: Nora