Tipu Harta Pusaka Keluarga Wanita Ini Diberi Tempoh 9 Hari.


KUALA TERENGGANU- Akibat menipu semasa mengagihkan harta pusaka arwah bapanya,seorang suri rumah telah diberikan tempoh 9 hari bagi memberi jawapan atas tuntutan ganti rugi yang berjumlah RM 720,000 kepada 5 adik beradiknya.

Wanita yang berusia 48 tahun ini,dikatakan telah memohon rayuan supaya diberikan masa bagi mempertimbangkan tuntutan berkenaan.Keputusan tersebut telah dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu,semalam.

Menurut laporan,sebelum ini wanita terbabit dikatakan telah menjual 6 lot tanah pusaka milik kelima-lima adik beradiknya tanpa sebarang persetujuan daripada pemilik sebenar dengan cara dia menipu tanda tangan semasa jual beli tanah di lakukan.

Selain itu, Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa kesemua tanda tangan yang terdapat di dalam dokument itu adalah palsu.

Disebabkan kecewa dengan tindakan wanita ini,adik beradiknya yang berusia di antara 29 hingga 51 tahun telah memfailkan tuntutan berjumlah RM 720,000 menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong @ Associates.

Tuntutan tersebut telah difailkan pada 17 Januari yang lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Didalam tuntutan itu turut mengandungi 9 tuntutan dan telah mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal Azman Ab.Aziz.

Pihak mahkamah telah menetapkan pada 25 April sebagai tarikh rekod penghakiman.Editor- Nora