Tindakan Jijik Remaja Berusia 20 Tahun Berakhir Apabila Ditahan Mencabul Gadis 13 Tahun.


Taktik licik seorang lelaki berpura-pura meminta mangsa untuk menunjukkan lokasi tandas antara tatik yang paling popular digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit pedofilia bagi mengumpan mangsa untuk melepaskan nafsu.

Seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai sedang aktif melakukan perbuatan terkutuk itu semenjak tahun 2017 yang lalu dengan menjadikan seorang murid perempuan berusia 8 hingga 12 tahun sebagai sasaran utamanya.

Perbuatan jijik tersebut telah terbongkar apabila satu siasatan telah dijalankan kepada 13 orang murid sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu telah dikenal pasti menjadi mangsa kepada lelaki durjana ini.

Walau bagaimanapun,perbuatan jijik remaja lelaki berkenaan akhirnya terbongkar dan suspek telah ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada salah seorang suspek mangsa pada 27 Mac lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisham Abdul Majid berkata, mangsa telah mengadu kepada guru kelas nya bahawa dia telah dicabul seorang lelaki dan kemudian guru terbabit bertindak membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan.

Suslan daripada kejadian tersebut,pihak polis berjaya menangkap mangsa yang berada di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 petang selepas mangsa membuat laporan polis.

Tambah Fazlisham lagi,pihak polis tidak akan berdiam diri mengenai kes sebegini.

Apabila pihak polis membuat soal siasat terhadap suspek,pihaknya mendapati seramai 13 murid sekolah rendah yang berusia diantara 8 hingga 12 tahun telah menjadi mangsa suspek.Dan apabila pihaknya membuat pemeriksaan terhadap suspek,terdapat sebuah telefon bimbit yang mengadungi kira-kira 15 video didalamnya,dan 13 daripada video tersebut ada milik murid-murid sekolah disekitar daerah Kuala Terengganu.

Pihaknya percaya bahawa suspek melakukan perbuatan terkutuk itu diantara jam 1 hingga 2 petang iaitu semasa mangsanya sedang menunggu ibu bapa mereka untuk pulang ke rumah.

Selain itu,pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa suspek melakukan jenayah itu di sekitar kawasan sekolah seperti bilik air dan kawasan yang agak terpencil daripada pandang orang.

Suspek akan menggunakan taktik licik seperti meminta bantuan daripada mangsa dengan menunjukkan lokasi bilik air sebelum suspek bertindak mencabul mangsa seperti mencium ,meraba,serta memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dan kemudian dirakam mengunakan telefon bimbit.

Suspek takan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5, Seksyen 14(B) dan Seksyen14(D) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sekiranya didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara di antara 20 hingga 30 tahun dan sebatan.Sumber-Harian Metro.Editor- Nora