Tiga Wanita Ditahan Cabut Dan Rosakkan Bendera BN


KUALA LUMPUR-Pihak polis berjaya menahan 3 individu wanita yang dipercayai telah mencabut serta merosakkan bendera Barisan Nasional (BN) yang berada di tepi Jalan Leong Yew Koh, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Individu tersebut berusia diantara 31 hingga 37 tahun telah tampil di Balai Polis TTDI bagi menyerah semula bendera yang telah dicabut.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim,kesemua mereka telah ditahan untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan khianat.

Perbuatan ketiga-tiga wanita ini telah disedari oleh seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan dan mendapati merek sedang memotong dan mencabut bendera yang telah dipasang.

Bagaimanapun,kesemua bendera tersebut telah diserahkan ke Balai Polis TTDI oleh ketiga-tiga suspek.

Atas maklumat lelaki berkenaan ,beberapa orang anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Zon TTDI telah diarahkan untuk ke lokasi kejadian dan bertindak memeriksa dua buah kereta yang dipercayai digunakan oleh ketiga-tiga wanita terbabit.

Ketika pemeriksaan dilakukan turut ditemui sebilah gunting,satu playar,pemotong wayar,sebotol ubat nyamuk.satu lampu suluh.satu peket plastik sampah dan 133 bendera BN yang telah dicabut.

Hasil daripada soal siasat mendapati ketiga-tiga wanita ini merupakan penduduk di sekitar kawasan TTDI,dan mendakwa bahawa mereka tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik.

Perbuatan tersebut dilakukan tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak,ianya adalah sukarela.

Pihak polis juga menasihati orang ramai agar melaporkan kejadian sebegini kepada pihak berkuasa.Editor- Nora