Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 6 April 2018

Tiada Ibu Bapa Yang Mahu Anaknya Jadi Seperti Ini



MELAKA - Ibu kepada remaja yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental selepas video remaja itu dalam keadaan berbogel tular di laman sosial Facebook, memohon masyarakat supaya tidak melontar kata-kata negatif terhadap perlakuan anaknya itu.

Menurutnya, ketika kejadian itu, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja dan anaknya itu dikatakan ke kedai berhampiran.

Noraishah Nordin, 50, berkata, walaupun terkilan dengan penyebaran video berkenaan, namun dia tidak menyalahkan individu yang merakam kejadian itu kerana mereka tidak tahu penyakit dihidapi anak keempat daripada lima beradik itu yang dikenali sebagai Nadzmi, 20.

“Ketika keluar dari rumah, dia lengkap berpakaian dan saya juga terkejut dia keluar dengan menunggang motosikal.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali perkara sama berlaku serta ada juga laporan polis dibuat orang awam kerana bimbang, malah semalam, anggota polis turut datang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pernu di sini, hari ini.

Noraishah berkata, dia tidak minta untuk anaknya berkelakuan sebegitu tetapi disebabkan penyakit semua berlaku di luar kawalan.

“Jika fikirannya tidak terganggu, dia akan bercakap seperti biasa malah dapat membaca al-Quran dengan sempurna serta mendengar nasihat,” katanya.

“Kami sekeluarga memantaunya bukan bersikap lepas tangan tetapi ada masanya semua berlaku di luar kawalan.

“Sudah ketentuan ALLAH untuk kami diuji sebegini. Walaupun perit kami reda selain berharap agar dia dapat kembali normal. Sumber:SinarHarian - Editor: Adi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan