Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 7 April 2018

Sudah Tidak Tahan Dengan Perangai Suami Dan Tergamak Melakukan Perkara Ini


Perkahwinan yang dibinanya sudah hampir 3 tahun dan kami telah dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia setahun lebih. Sejujurnya seluruh jari jemari ini terasa amat pedih dan perit sekali sewaktu menulis kisah ini bagi pengajaran kepada semua pembaca.

Kehidupan ini seolah-olah hidup bersama seekor setan,maaf jika ianya agak keterlaluannya buat pembaca sekalian,namun ini memang hakikatnya.

Seorang suami yang digelar sebagai seorang ketua keluarga ini sepatutnya membimbing kehidupanku,menjadi imam sewaktu solatku, namun ianya tidak seperti yang anda fikirkan. Suamiku seorang menghisap tegar batu atau lebih dikenali sebagai ice,walaupun seringkali dia menafikan perkara ini namun aku tahu kebenarannya.

Sejujurnya sudah banyak kali dia menghisap benda jijik itu di hadapan kami anak beranak,dan setiap kali "terkantoi" pasti seluruh tubuh badan ini menjadi mangsa pukulan serta tendangan mautnya. Senang cerita dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab seperti suami-suami yang diluar sana.

Setiap isi rumah termasuklah hal anak akan aku uruskan sendiri. Suamiku setiap kali mendapat pekerjaan pasti berhenti dan peristiwa yang sama akan berulang.Ada lah sesekali suamiku membeli susu dan pampers anak namun apa yang aku tanggung jauh lebih banyak berbanding dengan suamiku. Namun dia tidak pernah bersyukur dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan ini.

Tanggungjawab suamiku cukup mudah hanya belikan pampers,susu anak serta lunas kan duit sewa rumah tiap-tiap bulan. Itu sahaja,nak di bandingkan dengan beban yang terpaksa aku galas jauh lebih besar daripadanya.

Setiap kali gaji suamiku tiba, sedikit pun aku tak pernah minta untuk kegunaan diriku sendiri. Namun, setiap kali aku bergaji pasti suamiku minta itu ini. Kami sebenarnya baru sahaja berpindah ke rumah sewa yang baru.

Sebelum memasuki rumah sewa baru segala kelengkapan rumah seperti cat, simen rumah dan basuh rumah segala-galanya modal aku keluarkan. Beribu aku habiskan untuk rumah tersebut. Suamiku hanya masuk cuci kaki sahaja.

Namun, apa yang suamiku cerita kepada keluarganya jauh sekali tersasar dari kebenarannya. Suamiku putar belit cerita yang menyatakan aku ini sahaja yang menghabiskan duit dia, termasuk lah untuk beli keperluan dapur dan anak sendiri.

Tetapi masa dia mengamuk dia tidak ingat dunia semua benda dia di maki hamunnya. Contoh ayat yang selalu dia guna " duit gaji aku habis untuk beli barang dapur dan anak sahaja lah tiap-tiap bulan, kau ada tanggung anak??? habis aku ni tak payah nak belanja la sial barua??? semua aku lah. kau bayar balik semua duit aku babi!!!" ayat yang menyakitkan hati dan dengar sebab apa yang dia cakap itu tidak betul.

Kereta saya selalu tak ada minyak waktu pagi saya nak pergi hantar anak ke taska, saya pun tak nak lah bising - bising start la motor dia, dalam jam 6.30pagi dan bawa anak sekali pergi beli minyak kereta. kalau saya suruh dan kejut kan dia pagi-pagi dia maki saya dan tendang barang-barang dalam rumah.

Barang-barang dapur semuanya saya beli sendiri, saya kena masak setiap hari. Dia hanya tahu makan sahaja, jika lambat sedikit habis semua barang rumah dia disepahkan nya. Dan yang paling saya takut tiap kali dia marah dia akan bawa anak terus keluar. Tidak kira hujan ke anak tengah tidur ke. Saya hanya mampu menangis sahaja pada masa itu. Apa yang saya boleh agak sekarang dia disebabkan terpengaruh dengan dadah.

Disebabkan dengan perangai dia itu, habis semua saudara mara sebelah suami sudah tidak percaya pada saya. semua pandang serong terhadap saya, saya lah punca suami jadi begini. sedangkan sebelum kami berkahwin pun perangai sudah begini dengan panas baran nya, sebelum kami berkahwin pun dia pernah pukul saya,, dari situ saya sudah tawar hati dengan suami. tapi sayang punya pasal saya memaafkan dia dan beri peluang kali ke dua.

Sangat-sangat seksa emosi dan fizikal saya di buatnya, pernah lah hari raya tetamu datang rumah. dia boleh bergaduh dan bertumbuk dengan adik dia dalam rumah itu sampaikan habis semua barang rumah di terbalik kan nya.

Sangat memalukan , tapi dah perangai dia macam itu nak buat macam manakan perangai dah macam binatang, ni pun mak bapak masih menyalahkan saya dalam apa-apa hal pun. Mereka tidak cakap yang anak Mereka jahat.

Dengan sebab ini lah saya nak minta cerai fasakh di mahkamah, sekarang ini saya sedang kumpul bukti-bukti dan sebagainya. Saya kena kuat dan berharap jadikan lah cerita saya ini sebagai pengajaran pada pembaca-pembaca diluar sana. Sumber : noisytalkers via uniquebaby - Editor: Nora dan Adi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan