Suami Serbu Isteri Kantoi Berzina Dengan Lelaki Lain


JAWA- Anggota polis Tanggung Gunung dan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai AW,31,telah melakukan serbuan di sebuah bilik sewa dan mendapati sepasang pasangan kekasih sedang leka bermadu asmara.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai AA,32,dipercayai berdua-duaan dengan lelaki yang bukan suaminya di Kampung Tunggulsari, Kecamatan Kedungwaru,Indonesia.Serbuan tersebut telah dilakukan oleh suaminya sendiri di rumah mereka.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada pukul 9 malam.

Ketika serbuan dibuat AW dan pihak polis serta beberapa anggota Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (UPPPA) turut sama melakukan serbuan terhadap pasangan ini.

Semasa serbuan dilakukan,isteri AW sedang berdua-duaan bersama seorang lelaki dan dipercyai telah melakukan hubungan intim di rumah mereka.

Didapati suspek yang hanya mahu dikenali sebagai PJ dikatakan didalam keadaan hanya memakai tuala.

Kedua-dua mereka telah dibawa ke balai Polis Tulungagung.

"Kedua-duanya masuk ke dalam rumah itu sekitar jam 7:30 malam."


Serbuan ini adalah kali kedua.

Pertama kali serbuan dibuat AW pada 20 Februari 2018 yang lalu,kini sekali lagi isterinya mengulangi perbuatan terkutuknya itu bersama lelaki tersebut.Bezanya hanya lokasinya sahaja.

Pada masa itu AW telah membuat laporan rasmi kepada Polis Tulungagung dengan tuduhan isterinya telah melakukan zina bersama seorang lelaki.

Kini buat kali kedua AW melakukan perkara yang sama melaporakan kepada pihak polis bahawa isterinya berzina.

Menurut AW,dia mempunyai bukti yang kuat bagi membuktikan bahawa isterinya itu berzina dengan lelaki lain.

Malah ,AW tahu bahawa AA telah hamil kerana hubungan seks yang dilakukan bersama Pj,namun dia telah mengalami keguguran.

"Saya sudah lama tidak melakukan hubungan intim dengan AA"

"Tetapi dia disahkan mengandung"

"Itu adalah bukti kuat saya yang menyatakan bahawa isteri saya bersetubuh dengan orang lain"

Tambah AW lagi,sebenarnya hubungan rumah tangga mereka telah lama goyang dan sudah sampai ke penghujungnya.Editor- Nora