Suami Pukul Ibu Serta Adik Lelaki Saya.


JOHOR- Wanita ini dikatakan terpaksa hidup dalam ketakutan apabila suaminya bertindak memukulnya,adik lelakinya serta ibunya meskipun mereka tidak lagi tinggal bersama semenjak setahun yang lalu.

Suaminya itu dipercayai telah menceroboh rumah sewa milik ibunya yang terletak di Tebrau,Johor Bahru pada 7 April yang lalu.

Hasil daripada perkahwinan,mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.Suaminya itu berang apabila ibunya telah mempersoalkan apa yang telah dilakukan kepada anaknya sejak setahun lalu.Dan disebabkan itulah dia telah bertindak memaki hamun serta menyepak ibu mertuanya di bahagian perut.Tidak cukup dengan itu dia telah menyimbah air panas kepada adik iparnya sehingga adik terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini,perbuatan tersebut bukanlah kali pertama dilakukannya semenjak mereka tidak tinggal bersama.Disebabkan tindakkan itulah dia dan dua anak nya terpaksa meninggalkan rumah demi keselamatan.

Menurut Huda,ahli keluarganya tidak mampu berbuat apa-apa kerana suaminya itu pernah mengugutnya mahu membunuh mereka sekeluarga.

"Adakalanya saya dan dua orang anak termasuklah anak perempuan yang berusia 4 tahun dan seorang lagi anak lelaki berusia 2 tahun terpkasa duduk dirumah kenalan yang terletak di banda raya ini,manakal ibu terpaksa tidur di surau".

Huda mendakwa bahawa dia sudah membuat laporan polis lebih daripada 10 kali terhadap suaminya itu namun tidak sebarang tindakan yang diambil.

Menurutnya,pada 7 April yang lalu dia ada membuat laporan polis di Balai Polis Pelangi Indah dengan harapan agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Sebelum ini Huda juga pernah menjadi mangsa peras ugut daripada pemingut hutang yang menelefonnya untuk menagih hutang suaminya berjumlah RM2,000.

Risau akan keselamatan dirinya,Huda bertindak membuat laporan polis pada 5 November tahun lalu di Balai Polis Pelangi Indah.

Tambahnya lagi, semenjak tidak tinggal sebumbung ,segala pembelajaan keluarga termasuk susu dan pampers anak semuanya ditanggung oleh ibunya yang bekerja di pasar pagi.Meskipun,suaminya bekerja di kilang perabot dia lansung tidak mengambil kisah tentang keperluan anak-anak.

Lebih pilu lagi apabila,suaminya pernah memukul bahagian kepalanya hanya kerana Huda tidak mahu memberikan duit rokok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, terdapat 5 laporan polis yang telah dilakukan berkaitan dengan keganasan rumah tangga.

Pihaknya akan segera melakukan siasatan terhadap perkara ini bagi mengesan suspek.Sumber -Harian Metro.Editor- Nora