Saya Suruh Dia Cari Wanita Lain Bila Gaduh Dengan Saya.


Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar atau lebih mesra di sapa dengan nama  Dynas ini dilahirakan pada 8 Mac 1983.Beliau merupakan seorang pelakon dan pengacara Malaysia.

Pelakon jelita ini juga merupakan pemilik perniagaan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu, Dynas Nursing Attire (DNA).

Dynas mengakui bahawa di merasa sangat beruntung apabila dipertemukan dengan suaminya Shazrik ,kerana suaminya itu terlalu istimewa dan amat memahami dirinya dalam apa jua situasi.

Beliau juga mendakwa kali ini dia amat berhati-hati dalam memilih pasangan hidup dan banyak mempelajari dari kehidup terhadulu.

Tambah Dynas,dia tidak boleh menafikan bahawa suami kesayangannya itu mampu memberikan kebahagian ,sentiasa membuatnya merasa selesa dan pandai mengawal emosinya.

Kadang kala bila bergaduh,ada juga dia menyuruh suaminya itu untuk mencari wanita lain yang lebih baik,namun ,tidak dinafikan Shazrik seorang lelaki yang bijak mengawal situasi  dan Dynas percaya Shazrik mampu menjaganya.Selebihnya pasagan sejoli ini menyerahkan kepada ketentuan takdir.

Bagi Shazrik pula,beliau menyifatkan Dynas sebagai seorang wanita yang pandai menjaga dirinya serta penyayang.Tambah,Shazrik ada kemungkinan kerana mereka sudah lama berkawan membuatkan dia tertaik dengan isterinya itu.

Pasangan ini juga belum merancang mahu berbulan madu,namun mereka ada menyatakan untuk bercuti pada hujung tahun ini.

Kata pasangan ini,bulan madu nanti-nantilah.Apa yang penting kami ingin melungkan masa bersama anak-anak dan Dynas ada bercadang untuk membawa anak-anak untuk pulang ke kampung halamannya yang terletak di Terengganu dan boleh la  bercuti di Pulau Redang untuk beberapa hari.

Dynas Mokhtar, 35,selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36,pada hari  Sabtu lalu.Sumber-Sinar Harian.Editor- Sofia