Saya Malu Dan Takut Rasa Nak Menangis Kerana Tak Tahu Apa Salah Saya.



KUANTAN- “Saya rasa takut serta rasa mahu menangis kerana tak tahu apa salah saya"itu lah ungkapan Siti Hafsah Abdullah, 30 kerana sepanjang perjalanannya kira-kira 10 kilometer pasti akan ada orang yang memotong kenderaannya menekan hon.

Kejadian berlaku semasa Siti Hafsah didalam perjalanan menuju ke Taman Tas.Menurutnya,sepanjang perjalanannya tidak putus-putus pemandu jalan raya yang lain membunyikan hon kereta mereka selepas memotong kenderaannya.

"Saya rasa takut serta rasa mahu menangis kerana sepanjang perjalanan dari Kemunting ke Taman Tas kereta saya dihon oleh pemandu yang lain".

Walau bagaimanapun,sebaik sahaja tiba di destinasinya,Siti Hafsah telah diberitahu salah seorang pengguna jalan raya tersebut bahawa terdapat sekeping kertas dibelakang but keretanya.

Lalu Siti memberhentikan kenderaannya untuk melihat sendiri.Dan apabila dia memeriksa bahagian belakang keretanya terdapat satu nota bertulis  'Hari ini, hari lahir saya. Hon 1 kali, TQ’ dan kemudiannya Siti mencabut nota tersebut.

Ianya merupakan kejutan pertama daripada rakan sekerjanya.Segalanya telah dirancang oleh rakan-rakan sekerja Siti.

Kata Siti,pada mulanya dia amat geram namun,tidak lama selepas itu dia merasa terharu dengan kejutan yang telah dirancang oleh rakan-rakannya itu.

Bukan setakat iti sahaja, dia juga telah dihadiahkan sejambak bunga beserta belon daripada rakannya.

Sebelum ini,rakan-rakan sekerja hanya memberikan kejutan seperti kek, bunga dan bermacam-mcama lagi,namun kali ini sungguh berbeza sekali.


Sambutan hari lahirnya pada tahun ini ternyata berbeza kerana disambut oleh warga Kuantan.

Tambahnya lagi, dia akan menajadikan kenangan ini sebagai satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Siti Hafsah percaya nota itu telah ditampal pada waktu rehat ,kerana dia jarang keluar makan bersama-sama rakannya pada waktu tersebut.

Pengalaman manis itu juga telah dikongsikan ke dalam laman sosial Warga Kuantan dan Siti mengucapakn ribuan terima kasih ,meskipun hanya dengan 1 hon.Sumber-Sinar Harian.Editor-Nora