Saya Dibuli Hampir Setiap Hari Di Media Sosial.


Usahawan dan pelakon terkenal Noor Neelofa Mohd Noor mendakwa bahawa kerap kali dibuli di dalam media sosial.Bukan dia sahaja yang dibuli malah seluruh keluarganya juga turu mendapat tempiasnya.

Disebabkan itu,telah tercetusnya satu idea bagi mengwujudkan kempen tanggungjawab sosial untuk membenteras gejala buli siber serta berita palasu yang semakin berleluasa dinegara kita.

Menurut Neelofa,idea tersebut tercetus dari pengalamannya sendiri yang hampir dibuli setiap hari melalui media sosial.

"Ianya tercetus selepas berbual dengan rakan-rakan dan keluarga yang selalu sahaja menjadi mangsa buli di media sosial".

Tambahnya,selama bertapak di dalam industri seni tanah air, disering kali di buli kerana telah menerima pelbagai komen negatif.

Beliau menyatakan bahawa media sosial sepatutnya menjadi tapak untuk menyuarakan pandangan yang membina bukan untuk menjatuhkan seseorang individu.

Jelasnya lagi,meskipun dia sudah lali dengan segala situasi itu,namun dia tidak dapat menerima sekiranya perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya.

Menggunakan tema 'Sebar Fakta Bukan Dusta' dan 'Aku Bersamamu',kempen ini juga telah mendapat sokongan padu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kempen yang dinamakan sebagai ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ ini telah di lancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hak-hak melindungi diri daripada terkena buli siber serta berita palsu yang semakin berleluasa dinegara kita..

Kempen tersebut diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, semalam.Sumber- Sinar Harian.Editor- Nora