Saya Call Dato Tak Jawap, Saya Whatsapp Dato Tak Balas,- Luahan Penduduk Langkawi.


LANGKAWISE- Seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Che Suri telah meluahkan rasa kesal apabila rumah yang mereka duduki buat sementara waktu telah di timpa oleh sebatang pokok dan mengakibatkan atap rumahnya mengalami kerosakan teruk.

Menurut Che Suri, apabila hujan sahaja rumah nya pasti akan bergenang air hujan akibat daripada atap rumah yang mengalami kerosakkan.

Selain itu,dia juga ada menelefon Dato' Nawawi namun tidak tiada sebarang jawapan yang diberikan.Tidak cukup dengan itu Che Suri juga ada menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp kepada Dato' Nawawi namun masih tiada sebarang jawapan yang diberikan.

Tujuannya hanya satu,Che Suri hanya mahu bertanyakan perkembangan mengenai rumah bantuan yang telah dijanjikan dahulu memandangkan keadaan rumah mereka agak daif.

Sebelum ini pernah juga Che Suri bertanyakan mengenai keadaan rumah bantuan tersebut namun pihak nya mengatakan bahawa ada sedikit masalah kontraktor.Namun,setelah dimaklumkan kepada pihak kontraktor,mereka hanya mampu melihat sahaja bersama beberapa ahli JKK yang lain tanpa ada sebarang perubahan yang dilakukan.

Lebih sedih lagi keluarganya terpaksa tinggal didalam rumah usang itu tanpa bekalan elektrik dan air.Mujur masih ada telaga untuk dia sekeluarga gunakan untuk aktiviti seharian.Disebabkan mereka bukan orang yang senang seperti keluarga yang lainlah mereka amat mengharapkan bantuan rumah tersebut.

Bagi bekalan elekrtik pula, keluarga inui hanya menggunakan lampu daripada kuasa solar sahaja.Kejadian dikatakan berlaku di Langkawi Sungai Mangrove Kilim Karst Geoforest Park.

Diharap pihak berwajib dapat membantu keluarga ini secepat mungkin.Sumber- Che Suri.Editor- Nora