Sambutan Hari Lahir Bertukar Jadi 'Pesta Dadah'


TERENGGANU- Seramai 35 orang remaja termasuk 8 daripadanya adalah remaja perempuan telah di tahan di sebuah Apartment di Bandar Baru Kerteh.

Menurut laporan mereka menjadikan Apartment itu sebagai tempat untuk menyambut hari lahir salah seorang daripadanya,namun ianya telah bertukar menjadi pesta dadah.

Kesemua remaja ini telah ditahan oleh AADK Daerah Kemaman dan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kemaman dalam Operasi Bersepadu.

Maklumat telah diterima daripada orang ramai dan sepasukan anggota daripada Unit Penguatkuasa AADKKemaman ( Kemaman Enforcement Skuad) dan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kemaman telah diarahkan ke lokasi kejadian.Serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.00 pagi.

Hasil daripada serbuan ini pihak berkuasa berjaya menahan remaja yang berusia di antara 24 hingga 14 tahun.

Kesemua mereka diminta untuk menhalani ujian air kecil,hasil daripada ujian tersebut 16 daripadanya disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurut hasil siasatan awal remaja-remaja ini telah menggunakan aplikasi Wechat dan Whastapp sebagai tempat merancang segala aktiviti yang dijalankan kerana ada diantara mereka yang tinggal jauh daripada Terengganu seperti Kerteh dan Chukai.

Kesemua remaja yang didapati positif dadah telah ditahan dibawah Sek 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Ibu bapa serta penjaga diminta sentiasa memantau aktiviti seharian anak-anak anda supaya kejadian sebegini tidak berlaku.Editor- Nora