Ronaldinho ke Johor Darul Ta'zim



Johor Darul Ta'zim (JDT), merupakan juara Liga Super empat kali berturut-turut dan ianya telah dilihat sebagai peluang yang baik oleh bekas pemain terbaik dunia dari Brazil iaitu Ronaldinho untuk terus beraksi didalam bola sepak.

Malah,kelebihan yang dimiliki oleh bekas pemain tengah yang amat terkenal dengan gelaran 'Elastico' ini boleh menjadikan pasukan JDT dapat pergi ke peringat yang tinggi lagi.

Sudah tentu jika Ronaldinho mahu memilih sesebuah pasukan dari segi kemudahan dan pengerusan hebat serta bersesuai dengan tarafnya yang bergelar legenda bola sepak dunia jelas bekas pemain tengah Johor, Rizal Sukiman.

"Saya kira,beliau juga akan terkejut sekiranya ada pasukan daripada negara ini setanding dengan pasukan ternama negara".

"Oleh itu, JDT tidak seharusnya lepaskan peluang keemasan yang ada untuk mendapatkan khidmat dari legenda bola sepak dunia ini.Jika Ronaldinho beraksi dipasukan ini sudah pasti bukan sahaja penyokong daripada Malaysia malah penyokong dari luar negara turut hadir bagi menyaksikan perlawanan".

Adanya kekosongan slot import JDT ini ,adakah kemungkinan rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk melihat Ronaldinho beraksi ?"

Namun sebelum ini pemain tengah yang digelar Ahli "Magik Porto Alegre" turut mengakui bahawa dia berminat untuk beraksi di Liga Malaysia (Liga M) tanpa dikenakan sebarang bayaran disebabkan amat teruja dengan peminat-peminat di Malaysia yang ingin beliau beraksi dipadang.

Walau bagaimanapun, semasa mengumumkan mengenai hasrat mahu bersara pada Januari yang lalu,menyatakan bahawa beliau terlalu sibuk bagi menguruskan akademi bola sepaknya dan disebabkan itu beliau terpaksa melupakan hasarat untuk beraksi dipadang.Editor: Nora