Remaja Tayang Payudara Ditempat Awam Tular Di Media Sosial.


Niat seorang remaja perempuan mahu bergurau dengan menarik baju 'wanita' yang berada disebelahnya  sehingga menampakkan payudara wanita berkenaan  ditempat awam tanpa rasa segan silu akhirnya membawa padah.Lebih memalukan lagi video berkenaan telah dimuat naik di dalam media sosial untuk tontonan orang ramai.

Menurut sumber,individu tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah restoran semasa mereka sedang menjamu selera.

Video tersebut berdurasi 10 saat dipercayai telah menjadi tular selepas dimuat naik ke dalam media sosial sejak kelmarin.Di dalam video tersebut memaparkan seorang wanita yang dipercayai berperwatakkan seperti lelaki telah menarik baju 'kekasihnya' sehingga menampakkan payudara wanita tersebut.

Jelas Penganalisa Jenayah terkenal yang dikenali sebagai Kamal Affendi,berkata,sememangnya gurauan melampau itu tidak sesuai dilakukan di tempat awam kerana boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu tersebut.

Perbuatan tersebut diklasifiksikan sebagai 'exhibitionist'  iaitu si pelaku tadi akan merasa berpuas hati sekiranya gambar mahupun video tersebut dirakam lalu dimuat naik ke dalam media sosial supaya orang ramai dapat melihatnya.

Tambahnya lagi,tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada si pelaku kerana sengaja melakukan perbuatan tidak bermoral itu ditempat awam dan kepada individu yang telah memuat naik video berkenaan di dalam media sosial kerana memparkan kandungan video yang tidak senonoh serta telah melanggar polisi media sosial yaang telah ditetapkan.

Selain itu pemilik tubuh berkenaan juga wajar dikenakan tindakan kerana telah melaukan perbuatan terkutuk itu ditempat awam tanpa rasa segan silu.Sumber- Harian Metro.Editor- Nora