Remaja Tanpa Indentiti Ditemui Mati Terbaring,Dengan Kesan Luka Dibadan


RIAU- Penduduk Jalan Kaharuddin Nasution Bukit Raya, Pekanbaru, Riau terkejut dengan penemuan mayat remaja yang tidak dikenali pasti indentitinya,pagi tadi.

Ketua Polis Pekanbaru, Kombes Pol Susanto mendakwa bahawa mayat remaja yang ditemui ini bernama Felix, berdasarkan informasi dari penduduk sekitar perkampungan itu.

"Kebarangkalian, remaja ini meninggal dunia yang disyaki kerana penyakit, disebabkan tiada sebarang kesan keganasan pada tubuh lelaki itu," kata Santo.

Berdasarkan hasil pemeriksaan Hospital Bhayangkara Polda Riau, usia remaja ini diantara 12-17 tahun, panjang badan 167 sentimeter, berkulit sawo matang, rambut hitam lurus dan terhadap mayat terkena gizi buruk.

"Lelaki muda ini dikatakan telah meninggal dunia dua jam sebelum ditemui,".

Dia mengatakan bahawa pada tubuh remaja ini terdapat luka lama di bahagian atas bahu kiri dan kanan, tiga belas luka lama di lutut kaki kirinya.

Susanto berkata, pada mulanya saksi, Jasminar akan mula memasak sekitar pukul 6.30 pagi. Ketika saksi membuka pintu, dia terlihat sekujur tubuh seorang lelaki terbaring diatas tanah.

"Remaja itu, sering kali dilihat berkeliaran di sekitar Indomaret Jalan Kaharuddin Nasution dan selalu tidur di tepi jalan," kata Santo.

Walau bagaimanapun, apabila ditemui , remaja ini sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian, saksi itu melaporkan kepada pihak polis, "kata Santo.

Sehingga kini, Balai Polis Bukit Raya masih mencari waris keluarga remaja ini. Jenazahnya kini berada di Hospital Polda Riau Bhayangkara.Editor: Wanda