'Raja Bomoh' Akan Bertanding Pilihan Raya Umum Ke-14


Siapa sahaja yang tidak mengenali Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin.Ibrahim dijangkankan akan bertanding di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerusi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi DUN Perak.

Ibrahim dikatakan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan serta bagi DUN Manjoi.

Menurut pembantunya,satu sidang media akan dilakukan bagi mambuat satu pengumuman mengenai perkara ini di sebuah hotel di Ipoh pada jam 2 petang.

Selain itu, Ibrahim juga akan menghadiri sidang media bagi mengumukan sendiri pencalonannya di dalam PRU-14.

Difahamkan,wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media masing-masing sebelum memasuki sidang media yang dijalankan tujuannya adalah untuk memastikan hanya wartawan sahaja yang berada didalam sidang media tersebut.Sumber- Harian Metro.Editor- Nora