Punca Sebenar Gadis Ini Terjun Di Jambatan Pulau Pinang.


Akibat terlampau tertekan seorang wanita nekad membunuh diri dengan terjun ke dalam laut di Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Batu Kawan.

Wanita ini merupakan bekas pelajar PhD,di UUM dan dipercayai telah mengalami tekenan yang melampau setelah dipukau melalui telefon sehinggakan di terpaksa berhutang dengan kawan-kawannya dan juga ahlong disebabkan itulah mangsa bertindak sedemikian.

Menurut sumber,mangsa telah dipukau melalui telefon bimbit sejak setahun yang lalu dan terpaksa menanggung beban hutang daripada ahlong dan kawan-kawannya untuk dimasukkan ke dalam akaun seorang individu yang masih tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Mangsa mendakwa bahawa dia tidak boleh membuat keputusan seperti membuat report polis kerana ada sesuatu yang mengawal mindanya dari melakukan keputusan tersebut sehinggalah dia bertindak mahu membunuh diri.

Lebih pilu lagi,mangsa bukan dari gologan keluarga yang senang kerana bapanya merupakan pekerja tabung haji yang sudah bersara serta sedang terlantar sakit.


Netizen diingatkan supaya tidak membuat sebarang tanggapan negatif terhadap wanita malang ini memandangkan mangsa masih dalam keadaan yang tertekan.

Sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaidi Salleh, 52 dipercayai telah mengadaikan nyawanya bagi menyelamatkan mangsa.

Tambahnya,dia telah menerima sebuah panggilan kecemasan daripada rakan setugasnya yang sedang meronda di kawasan berkenaan,mendapati mangsa terkapai-kapai untuk meminta pertologan.

Menurut Zaidi,dia membayangkan mangsa seperti anaknya dan menyebabkan dia terjun dari  ketinggian antara 18 hingga 20 meter  bagi menyelamatkan mangsa.

Sepanjang mereka terapung di dalam laut selama 45 minit,mangsa dikatakan hanya menagis sahaja.

Bagaimanpun,mereka telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan telah di bawa ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan dengan menggunakan bot.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superitendan Shafee Abd Samad, berkata,kini mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Wanita tersebut dipercayai melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan tidak sedar serta mengalami  tekanan.Editor- Nora