Punca Remaja Berusia 15 Dan 14 Tahun Ini, Nak Kahwin Muda.


Perkahwinan ialah hubungan ikatan di antara dua orang iaitu lelaki dan wanita yang akan diikat oleh kepercayaan agama masing-masing dengan syarat-syarat tertentu. Kebanyakkan daripada sudah pun sedia maklum mengenainya.
Kebanyakkan pasangan yang berkahwin atas dasar suka sama suka dan akhirnya akan memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Sepasangan remaja masing-masing berusia 15 dan 14 tahun berasal daripada daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan,Indonesia, telah menggambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang sangat muda atas alsan takut tidur berseorangan.
Pasangan ini dikatakn telah pun menjadi viral di dalam media sosial selepas mereka telah membuat pendaftran pada usia yang begitu muda.

Menurut laporan,pasangan ini hadir ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng bagi mengikuti kursus perkahwinan bagi mendapatkan pendaftran untuk berkahwin.

Pada mulanya permohonan pasangan ini telah ditolak kerana mereka terlalu muda untuk berkahwin namun setelah membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng,permohonan pendaftaran mereka di luluskan.

Undang-undang di negara Indonesia telah menetapkan usia minimum bagi mendirikan rumah tangga bagi wanita adalah 16 tahun ,manakala bagi lelaki pada usia 19 tahun.

Menurut pasangan muda ini,mereka mahu mendirikan rumah tangga bukan kerana remaja perempuan terbabit mengandung namun atas dasar suka sama suka.

Tambahnya lagi,sebab mereka mengambil keputusan untuk berkahwin muda adalah kerana remaja perempuan itu selalu ditinggalkan bersedirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia manakala ayahnya selalu tiada dirumah atas dasar kerja.Disebabkan itu dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin bersama pasangannya.Editor- Nora