Polis Buru Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Dua Pelajar Sekolah Menengah Di Nilai


NILAI - Seorang lelaki yang ketagih seks sedang diburu oleh pihak polis selepas suspek dikatakan telah menunjukkan 'zakar' nya kepada dua orang pelajar perempuan di sebuah Sekolah Menengah di Taman Desa Cempaka,Nilai.

Superintendan Zaldino Zaludin,Ketua Polis Daerah Nilai, berkata, mengikut laporan suspek berusia dalam lingkungan 30-an. Semasa kejadian suspek telah mendekati dua orang pelajar perempuan itu seperti mahu bertanyakan sesuatu namun suspek telah bertindak membuka seluar lalu menunjukkan kemaluannya kepada pelajar tersebut.

Dan kemudiannya suspek terus melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal berwarna kuning. Ianya berlaku dihadapan sekolah mangsa semasa mereka mahu pulang ke rumah masing-masing.

Orang awam yang terlihat kejadian itu diharap dapat menampilkan diri bagi memberikan maklumat mengenai kes tersebut ke balai polis berhampiran  atau terus menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Asisten Superintendan Rashid Kassim di talian 012-5183594. Editor: Noora