Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 9 April 2018

Pihak Imigresen Berjaya Tahan 57 Wanita Warga Asing, Bekerja Sebagai GRO Di Kelab Malam


PETALING JAYA- Pihak Imigresen telah membuat serbuan di dua buah kelab hiburan sekitar kawasan Damansara Utama, Petaling Jaya dan Selangor.

Operasi yang dinamakan Ops Geger itu telah dilakukan oleh Jabatan  Imigresen Malaysia (JIM)  pada pukul 10.00 malam dan berakhir pukul 3.00 pagi.

Seramai 28 orang Pegawai Imigresen dari Unit Quick Response Team (QRT), Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa JIM telah diarahkan untuk serta didalam opersi ini.

Pihaknya berjaya menahan seramai 64 orang warga asing yang terdiri daripada 23 wanita warganegara Thailand, 19 wanita warganegara Filipina, 9 wanita warganegara Vietnam, 5 wanita warganegara Indonesia, 1 wanita warganegara Turkmenistan serta 7 orang lelaki warganegara Bangladesh.

Kesemua mereka dipercayai bekerja sebagai pelayan tetamu atau lebih dikenali sebagai GRO di kelab malam tersebut.Manakala 7 orang lelaki warganegara Bangladesh itu dikatakan pekerja di premis itu.

Hasil daripada pemeriksaan mendapati kesemua warga asing ini telah menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, dan Pas Pelajar dinegara ini.

Kesemua wanita ini, akan mendapat habuan daripada setiap minuman keras yang telah dipesan oleh pelanggannya dengan minum bersama mereka.

Turut ditahan 3 orang lelaki warganegara Malaysia yang ditugaskan untuk mengendalikan segala aktiviti bagi wanita-wanita GRO ini.Sejumlah wang bernilai RM3,550 turut dirampas semasa serbuan dijalankan dan ia merupakan hasil pendapatan pada hari tersebut.

Ada diantara mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan dir serta tinggal lebih masa di negara ini.

Kesemua mereka telah di bawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Siasatan ini dilakukan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.Editor- Rizal Hakimi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan