Permintaan Kanak-kanak 7 Tahun Mahu Payudara Bersaiz Orang Dewasa,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Ibunya...


CALIFORNIA- Seorang kanak-kanak dari Glendale, California, Amerika Syarikat, telah melontarkan hasrat tidak masuk akal kepada ibunya.

Pelbagai persoalan yang telah disuarakan oleh kanak-kanak perempuan ini kepada ibunya selama dua tahun berturut-turut,malah soalan yang sama akan di ajukan setiap hari.

Percaya atau tidak,kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun ini mengimpikan dada bersaiz 30C.

Disebabkan tidak tahan dengan solan yang sama setiap hari,ibu kepada kanak-kanak ini telah mengabulkan permintaannya.

Kanak-kanak perempuan ini bernama Juliet Manson tetap dengan pendirianya untuk memiliki payudara bersaiz orang dewasa.Oleh sebab itu, Juliet telah mengajukan permintaan gilanya kepada kedua orang tuanya selama 2 tahun berturut-turut.

Juliet meminta untuk melakukan implan payudara dengan cara pemedahan.Pada mulanya Dana Manson, tetap meyakinkan anak perempuannya bahawa payudara akan membesar apabila tiba waktunya.

Namun,Juliet enggan menunggu payudaranya membesar kerana terlampau taksub dengan implan payudara.

"Dalam sehari soalan yang sama akan disuarakan oleh Juliet,tidak ada benda lain yang diinginkan didalam dunia ini melainkan mempunyai payudara,"kata Manson.

Disebabkan bimbang dengan permintaan si anak,dia telah berjumpa dengan pakar psikiatri bagi membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan permintaan tidak masuk akal ini.


Manson membawa anaknya berjumpa dengan psikiatri bernama Eduardo Ramirez.Pada awal sesi ini Eduardo menyatakan bahawa kanak-kanak itu telah mengalami kemurungan berat badan.Disebabkan itulah kanak-kanak ini percaya sekiranya mempunyai payudara bersaiz 30C berat badannya akan mendadak naik.

Atas nasihat pakar psikiatri,Manson akhirnya terpaksa mencari klinik di sekitar Amerika Syarikat dan Mexico untuk melakukan pemedahan implan payudara,Namun,tiada satu klinik pun mahu melakukan implan kepada kanak-kanak kecil ini.

Segala pencarian telah pun di buat,dan akhirnya Manson berjaya menemui sebuah klinik yang terletak di bandar Hangzhou, China yang mahu melalukan pemedahan implan kepada Juliet.Pemedahan tersebut dilakukan selama kurang dari dua jam.

Kini,kanak-kanak ini mempunyai payudara bersaiz 30C sama seperti apa yang diimpikan olehnya.

"Juliet sangat suka dengan payudara barunya,"kata ibunya.

Walau keputusan yang dilakukan oleh Manson mendapat kritikan hebat dari orang sekeliling,namun dia tidak pernah menyesal kerana itu adalah hasrat hati anak kesayangannya.

"Sama seperti ibu yang lain,saya mahu anak saya bahagia",kata Manson.

Gambar Juliet dikatakan telah tersebar di dalam media sosial dan telah mendapat krtitikan dari netizen.Malah,ada juga yang menyalahkan orang tuanya kerana membiarkan anak perempuan mereka untuk menjalani implan payudara pada usia yang sangat mudah keran bimbang akan kesan sampingan yang mungkin akan diterima oleh kanak-kanak ini.Editor: Wanda