Penunggang Motosikal Hampir Maut ,Gara-gara Tali Tangsi.Sebarkan Agar Penunggang Lain Tidak Menjadi Mangsa


Seorang penunggang motosikal dipercayai mengalami kecederaan selepas melalui laluan motosikal di exit Kayu Ara dari NKVE menghala ke Kayu Ara.

Kejadian terbabit berlaku di bahagian belakang pejabat tol berkenana semasa remaja lelaki ini melalui laluan khas motosikal.Selain itu,turut dijumpai tali tangsi yang telah direntangkan di laluan motosikal berkenaan.Akibatnya,mana-mana penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut pasti akan mengalami kecederaan daripada tali tangsi tersebut.

Bayangkan sekiranya salah seorang penunggang motosikal memandu dalam keadaan laju semasa melalui jalan tersebut, sudah pasti ianya akan menyebabkan kecederaan yang lebih serius lagi berbanding dengan pemuda ini.

Menurut sumber,kebanyakkan penunggang motosikal yang melalui tol berkenaan tidak akan memasuki laluan khas motosikal kerana mereka telah pun sedia maklum mengenai perkara tersebut.

Justeru,pengguna motosikal yang sering melalui jalan berkenaan meminta agar pihak bertanggungjawab menjalankan sisatan mengenai kes ini supaya dalang disebalik kes ini dapat ditangkap secepat mungkin. Selain itu, ianya juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit.

Kecederaan yang dialami oleh mangsa dikatakan 5cm lagi hampir sampai ke bahagian lehernya.

Dingatkan supaya penunggang motorsikal berhati-hati ketika melalui jalan tersebut. Sebarkan agar orang tidak turut terkena timpiasnya nanti.Editor: Rizal Hakimi.



Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments